Thought of the day..

ask yourself what is one thing for years, you have been saying you should do, but as yet have'nt done?? think about it and try not to postpone doing it....

Wednesday, June 16, 2010

"Love is a temporary madness. It erupts like an earthquake and then subsides. And when it subsides you have to make a decision. You have to work out whether your roots have become so entwined together that it is inconceivable that you should ever part. Because this is what love is. Love is not breathlessness, it is not excitement, it is not the promulgation of promises of eternal passion. That is just being "in love" which any of us can convince ourselves we are. Love itself is what is left over when being in love has burned away, and this is both an art and a fortunate accident. Your mother and I had it, we had roots that grew towards each other underground, and when all the pretty blossom had fallen from our branches we found that we were one tree and not two."

Wednesday, April 14, 2010

Love Quotes

If I speak in the tongues of men and of angels, but have not love, I am only a resounding gong or a clanging cymbal. If I have the gift of prophecy and can fathom all mysteries and all knowledge, and if I have a faith that can move mountains, but have not love, I am nothing. If I give all I possess to the poor and surrender my body to the flames, but have not love, I gain nothing.
Love is patient, love is kind. It does not envy, it does not boast, it is not proud. It is not rude, it is not self-seeking, it is not easily angered, it keeps no record of wrongs. Love does not delight in evil but rejoices with the truth. It always protects, always trusts, always perseveres.
Love never fails. But where there are prophecies, they will cease; where there are tongues, they will be stilled; where there is knowledge, it will pass away...And now these things remain: faith, hope and love. But the greatest of these is love.

Wednesday, March 31, 2010

Kek butter


Ni dia menu makan ptg nih.... kek nih dah 2 kali buat... resepi dia sgt buttery n kek dia lembut.
tak bosan makan (",)

Wednesday, March 24, 2010

Cendol


Tetiba terkenangkan keenakkan cendol kat semenanjung.... aduhai... sedapnyer la betapa nikmatnyer dapat makan cendol:)


memandangkan Sarawak ni susah nk dapatkan cendol, sooooooo nak makan cendol kenalah buat cendol sendiri...


tp berjaya gak hasilkan cendol denagn mengikut resepi cendol ni



1 cwn tepung jagung

3 cwn air

1/2 cwn air daun pandan..


hasilnyer cendol yang terhasil macam agar2... hahahah... lepas-lepas ni bole try resepi lain lak tuk cendol...

Apam gula hangus & Portugese tart




Dah lama teringin nak makan portugese tart nih... pastu lak kat miri susah bebonar la nak jumpa... so utk menghilangkan kempunan cuba-cubalah carik gak resepi nyer kat intenet...
atas penerokaan pelbagai resepi akhirnyer nilah resepi yg digunakan dan telah diubahsuai...
so pada kawan-kawan yg nk mencuba silakanlah... senang je resepi ni..

Resepi Apam gula hangus

2 biji telur
1 cwn gula
1/2 cwn minyak masak
2sb marjerin
2sb susu pekat
1 st baking soda
11/2 cawan tepung

Cara-caranya:
gula digoreng sampai warna perang, masukkan air dan acau sehingga larut
bahan2 lain dimasukkan di dalam blender dan digaul sebati
masukkan ar gula yang dimask tadi
kukus 20-30 minit.


Resepi Portugese tart

Doh A:
300 gm tepung gandum
150 gm shotening

Doh B:
250 gm tepung gandum
air sejuk secukupnya
1 sb susu tepung
1 sb gula
1st garam

Filling:


3/8 cwn gula
2 sb tepung jagung
11/2 cwn susu
2 kuning telur
vanilla esen


*bahan-bahan filling dimasak di atas dapur dan diketepikan


Cara membuatnya:
gaul doh A sehingga sebati, ketepikan selama 10-15 minit
gaul doh B pula dan ketepikan 10-15 minit
doh B diratakan berbentuk segiempat agar lebih besar dari doh A dan letakkan doh A di dalam doh B
setelah dua2 doh diratakan, lipat doh td menjadi separuh dan diratakan semula ke bentuk asal.
langkah diulang 2-3 kali
doh yg telah diratakan kemudian digulug, seperti swiss roll
gulungan tadi dipotong menjadi 20 bahagian
bentukkan di dalam acuan tart.
setelah siap, masukkan inti yang telah dimasakkan.
bakar dengan suhu 150-160 C selama 1/2 jam.

Sunday, March 14, 2010

Jenis-jenis tepung

TEPUNG N KEGUNAANNYA

TEPUNG SERBA GUNA
Tepung serba guna yang sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum (biasa) kerana lebih mudah didapati.

TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis.

TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
Tepung berprotein rendah pula adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya.

TEPUNG GANDUM
Tepung gandum biasa yang banyak dipasarkan secara komersial. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna.

TEPUNG KRIMER
Krimer adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering dibubuh ke dalam minuman seperti Nescafe atau teh. Boleh dibeli di dalam pek atau di dalam botol sebagai Non-Dairy Creamer. Yang dimaksudkan di sini, adalah tepung susu daripada jenama “Carnation”.

TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR
Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.

TEPUNG SUPERFINE

Superfine sama dengan flourcake flour.Tekstur Tepung ini halus,seperti self raising flour tapi tiada bahan penaik didalamnya seperti self raisingflour.Tepung nie dikotegeri dalam tepung low protien.TEPUNG ROS
Tepung ros sebenarnya mengandungi bahan tepung jagung yang boleh merangupkan biskut. Namun anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung itu tidak terlalu banyak dalam resepi sedia ada. Dikatakan hasilnya adalah lebih baik dari biskut yang diperbuat daripada tepung gandum.

TEPUNG HONG KONG
Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). Sebagai gantinya, gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lain yang bersamaan nilai-nilai protein di dalamnya) walaupun hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap serupa.

TEPUNG PULUT
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari negara jiran, Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang.

Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli. Yang dimaksud dengan beras merah bukanlah beras itu berwarna merah, sebaliknya beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung, sesuai mengamalkannya.

TEPUNG OPTIMA
Tepung optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya dan sesuai dibuat kek keju. Bagaimanapun penggunaan tepung serba guna, tepung jagung atau tepung kastad boleh digunakan sebagai pilihan bergantung pada resepi.

TEPUNG WHOLEMEAL
Tepung gandum tulen yang mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, hasil roti atau muffin agak berat (heavy-textured).

TEPUNG HOEN KWEE
Tepung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran teoung jenis ini mempunyai pelbagai jebis warna pembungkusnya. Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow).

Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Gunakanlah mengikut kesesuaian anda.

TEPUNG KASTAD
Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya.

TEPUNG UBI
Tepung kanji adalah teoung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).

TEPUNG JAGUNG
Tepung jagung fungsinya memang memekatkan walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi.



TEPUNG NAIK SENDIRI?

Apa yg dimaksudkan dgn tepung naik sendiri dan gula kastor?
Tepung naik sendiri adalah SELf-RAISING FLOUR atau ‘Flour with Added Raising Agent’. Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder and/or soda bicarbonate)

TEPUNG ROSE?

Rose Flour ada mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung
itu tidak terlalu banyak. Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies.Elok kalau dibuat Biskut Almond London.

TEPUNG HONGKONG?

Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour sejenis tepung yg
sangat putih, digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek/biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (berkutu/berkulat). Oleh kerana faktor inilah juga maka ia tidak dijual di pasaraya. Jika anda ingin membuat kuih pau, boleh gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lainnya) walaupun hasilnya mungkin tidak sama tetapi rasanya tetap serupa.

TEPUNG GLUTINOUS RICE ?
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (putih) yg dijual di merata kedai (termasuk kedai mamak). Ia diimport dari Thailand. Plastik pembungkusnya hampir sama dengan paket rice flour (tepung beras), jadi, jangan terkeliru.

TEPUNG KEK ?
Tepung kek atau cake flour tidak banyak bezanya dengan superfine flour (boleh dibeli di dalam kotak) tetapi, anda akan dapat hasil yg agak sama jika anda mengayak tepung gandum sebanyak 3 kali.

TEPUNG OPTIMA ?

Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya.
Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan mixer sehingga adunana menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.

Tetapi dalam resipi Kek Marble Blackmore ia adalah salah satu bahan yang kita gunakan untuk buat kek tersebut. Berbanding dengan Kek Marble yang hanya menggunakan tepung gandum/ tepung naik sendiri sahaja, kek marble yang menggunakan tepung optima ini lebih gebu dah halus hasilnya.ila kita ke kedai yang menjual bahan-bahan membuat kek seperti Bake with Yen di Malaysia misalnya, ia juga dapat digantikan dengan tepung sponge cake mix yang telah sedia ada. Anda boleh beli ready made sponge cake mix, perasa original dan gantikan dengan tepung optima. Insyallah hasilnya seperti yang telah D buat.

BUBUR ASYURA- masin

Resepi ni dapat dari seorang kawan kat fb, pada kawan-kawan yg nk mencuba adalah dialukan..

Beras - 3 gantang (rendam beras terlebih dahulu selama 3 jam sebelum masak)
** Setelah di rendam, rebus beras dengan air 3/4 kawah atau periuk.

(1) Bahan-bahan:
Kacang Hijau - 2 kg
**rebus sehingga kembang

Santan - 7 kg
Gula - 16 kg
** Santan + Gula masukan masa bubur dah pekat

Daging - 5 kg
**rebus dan carik-carik kecil

Bawang Putih - 1 gengam
Bawang Merah - 2 kg
** Di potong mayang

Halia - RM1.00
Lengkuas - 1/2 kg
Serai - 1 kg
** Halia, Lengkuas dan Serai perlu di blend

Lada Hitam - RM1.00 (tumbuk halus)
Rempah Assyura (Rempah Assyura ni, kena tanya kat pasaraya ada jual atau tidak)

Note: Kesemua bahan-bahan di atas, perlu di masukan ke dalam periuk / kawah selepas beras yang direbus tadi telah kembang seperti bubur

(2) Sambal Kelapa:
Kelapa - 3 biji
** Goreng kelapa (Macam buat kerisik), tumbuk
Ikan Kembung- rebus dan goreng tanpa minyak
Halia, Serai, Bawang Merah di hiris
Garam
Gula

Selamat Mencuba.... :)